Hai, semua ! Selamat Datang Ke Blog Anak Felda Bersia Gerik. | Mengenai Kami | Hubungi | Daftar | Log Masuk

Tuesday 14 June 2011

Adakah bekas pengerusi Felda dapat saguhati RM84 ribu?


Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), Aliman Mazlan mendakwa beliau mempunyai bukti mengenainya, tetapi timbalan menteri Datuk Ahmad Maslan menafikannya.

Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) digesa menjelaskan satu dakwaan bahawa bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor telah diberi 'hadiah persaraan' RM84,000 oleh salah satu daripada 10 wilayah Felda.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman
mendakwa beliau telah memperolehi slip pembayaran - yang ditunjukkannya kepada Malaysiakini - menunjukkan wilayah Segamat membayar jumlah itu pada masa yang sama Mohd Yusof bersara
pada bulan Januari.

"Ini baru satu wilayah. Adakah wilayah lain juga diarahkan membuat bayaran seperti itu? Jika mereka bayar, adakah jumlahnya sama?"
soalnya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam respons segeranya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap Felda - bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Sambil mendakwa Mazlan berbohong, Ahmad berkata mengapa Felda Segamat - yang tidak adapun wang sebanyak itu - memberi RM84,000 kepada bekas pengerusi.

Semakan dengan pegawai di sana menunjukkan wilayah Segamat hanya memberi Mohd Yusof hadiah bernilai kira-kira RM2,000.

“Mazlan ini... anda perlu semak semua apa yang diperkatanya. Mungkin Mazlan tidak tahu bagaimana hendak mengira, (sebab itu) dia dapat jumlah RM84,000,” sindir Ahmad (bawah, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohd Yusof yang digantikan oleh bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, menjadi sasaran kritikan ahli parlimen Subang, R Sivarasa PKR yang mencabarnya supaya mendedahkan jumlah pendapatannya.

Ogos lepas, Sivarasa mendakwa di Dewan Rakyat bahawa Mohd Yusof memperolehi kira-kira RM2 juta setahun pada masa simpanan tunai Felda dikatakan merosot. Mohd Yusof kini menjadi penasihat kepada Ahmad.

Sementara itu, Mazlan berkata peneroka Felda dari tiga kawasan, termasuk Temerloh di Pahang akan memfailkan saman terhadap agensi itu awal bulan depan.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/
Share this article now on :

0 comments:

Post a Comment